Monday, September 22, 2008

Keraguan Tentang Rakan Siswa

"RakanSiswa.com adalah suatu ruang untuk meninjau isu-isu mengenai siapakah Tuhan, dan bagaimana rasanya mengenali Tuhan.
website nih mcm gerakan dakwah kristian ja?
sasaran ny pelajar universiti tempatan.
laman web dlm bahasa melayu.
guna perkataan Allah, bagi megelirukan org.
antara tajuk yg mengelirukan:
Apakah Yesus adalah Tuhan?
Jwpn dlm website tu:
Kita boleh memperolehi pengertian atau kesimpulan bahawa Yesus adalah Allah yang tidak dapat dilihat, telah menunjukkan diri-Nya sebagai Peribadi yang dapat dilihat.
Nauzubillah, sapa2 ada info pasai website nih, tlg share.
p/s: hati2 la ngan website2 skrg, cth cam rakan siswa nih, gna nama utk menarik visitor ja.Padahal isi kandungan xda kena mengena ngan siswa. pastu, perkataan ALLAH digunakan dan di sama kan ngan yesus."
dipetik dari buletin 'friendster'

adakah ini yang dimaksudkan dengan rakan siswa?
anda mungkin sekumpulan pedebat yang bagus.tapi tiada sebab untuk mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai alamat website untuk mengpopularkan website anda.
secara keseluruhannya memang tiada apa2 kandungan tentang perkembangan, isu semasa, berita dan info tentang mahasiswa di negara kita di dalam website ini.

hanya ingin menarik minat pembaca dikalangan mahasiswa (beragama islam, buddha, hindu dan sebagainya yang selain dari kristian) anda mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai tajuk utama.

kepada semua mahasiswa, berhati-hati dengan dakyah seperti ini, terutama muslim.
kepada muslim, jangan mudah terpedaya dengan adanya website seperti ini..

http://www.rakansiswa.com

3 comments:

norfa08 said...

laman web ini sememangnya mempengaruhi mereka-mereka yang lemah imannya dalam agama Islam. menjadi tanda tanya siapakah pencipta laman ini? mengapa ada menyebut nama Allah dan menyamakan Allah dengan perkara-perkara lain...Nauzubillah...semoga kita tergolong bersama mereka yang beriman...

BukiTiLMu ( BI ) said...

yup..

mmg mempengaruhi..
mmg tak patut ngn nama address yer..

Rakan Jesus said...

Jika kita ‘Google’ kalimah ‘rakansiswa’, selain daripada menemui laman RakanSiswa.com di http://rakansiswa.com/, kita juga akan ketemu dengan begitu banyak rungutan umat Islam khususnya di Malaysia tentangnya.


Laman tersebut memang boleh mengelirukan sebahagian umat Islam terutamanya golongan muda. Kita tidak nafikan hak penganut agama lain untuk membina laman web mereka tetapi biarlah kena dengan caranya. Dengan menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama ‘Rakan Siswa’, cuba mengaitkan nama ‘Allah’ dengan Jesus Christ, kalimah ‘Alkitab’ kepada Bible, kalimah ‘Injil’ kepada Gospel dan sebagainya membuatkan laman itu memang boleh mengelirukan walaupun mungkin niat mereka tidalah begitu.



Apa yang saya perhatikan, iklan laman itu begitu mendapat tempat (ataupun diberi tempat?) hinggakan ia selalu saja menyelit di laman-laman yang ‘beriklan percuma’ termasuklah di blog saya. Sefaham saya juga, mereka menerima kunjungan yang tinggi pada setiap hari.



Dengan itu, dakwah Tajdid Segar mula bertindakbalas dengan mewujudkan sebuah blog bertajuk ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ di http://dakwahrakansiswa.blogspot.com/ . Tujuan utama laman ini diaktifkan ialah sebagai pengimbang kepada maklumat-maklumat yang ada di web Rakansiswa. Diharapkan umat Islam yang melayar ataupun terlayar laman itu dapat menjadikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ sebagai ‘firewall’ sebelum terkeliru ataupun sebagai ‘antivirus’ sekiranya sudah mulai keliru.



Buat masa ini, cara blog baru ini berfungsi ialah dengan menolak apa yang salah daripaad Rakansiswa.com menggunakan hujah-hujah akal dan daripada sumber-sumber ajaran Kristian sendiri. Strateginya- supaya mereka yang di sana dan para peminat mereka mahu membaca dan menilai pegangan mereka selama ini. Kemudian barulah sedikit demi sedikit akan dimasukkan sandaran-sandaran aripada sumber-sumber Islam. Jika sedar awal kita letak maksud ayat-ayat suci al-Quran dan hadis di sana, pengalaman menunjukkan mereka akan terus mengelak daripada membaca kecuali segelintir yang sangat kecil jumlahnya.



Adalah diharapkan dengan sebesar-besar harapan agar para pelayar Muslim tolong mempromosikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ ini dengan apa cara yang mampu. Usaha anda pastinya menambahkan kasih sayang Allah SWT.