Sambil duduk bersila menghadap kiblat, bekas pembantu peribadi Anwar itu yang bersongkok dan berbaju Melayu warna coklat memegang al-Quran ketika melafazkan sumpah berikut:
“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”
Mohd. Saiful yang memilih hari Jumaat untuk melakukan upacara bersumpah tersebut sebelum itu mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali, diikuti bacaan surah Al-Fatihah.
saiful telah pun melafazkan muhabalah ye selepas solat jumaat smlm..
tanggungjawab die berkenaan tuduhan yang die buat terhadap DSAI telah pun selesai..
(tu pun kalu die betul2 benar)
ini tindak balas dr DSAI
Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Quran dan agama?
Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?
Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak samasekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!
Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato Najib, Rosmah, Polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.
Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.
ANWAR IBRAHIM
huh..takut ye..sape betul,sape salah pun kite tak tau..siap dah bersumpah..
kite serah kan semua pada ALLAH swt...yang maha mengetahui segalanya..
BI manusia biase yang tak tau pape n tak tau mne betul mne tak..
p/s=kepada yang benar,semoga hadapi semua dugaan ni dengan tabah dan sabar..dan sentiasa yakin yang ALLAH swt sentiasa berada di pihak yang benar...
No comments:
Post a Comment