Friday, August 29, 2008

Internet Bakal Pupus

Internet Bakal Pupus

LONDON: Internet akan menjadi alat yang lapuk tidak lama lagi berikutan saintis yang menjadi perintis kemudahan itu kini mencipta peralatan baru yang memiliki keupayaan secepat kilat sehingga mampu memuat turun keseluruhan filem dalam tempoh satu atau dua saat saja.

Dengan kelajuan 10,000 kali ganda berbanding keupayaan pautan jalur lebar sedia ada, jaringan rangkaian terbaru ciptaan Organisasi Eropah Bagi Pengkajian Nuklear (CERN) itu turut menyediakan 'kuasa' untuk menghantar imej holografik, menyediakan kemudahan permainan video dalam talian sehingga ratusan ribu pemain boleh turut serta selain menawarkan talian video dengan kadar caj panggilan tempatan.

Profesor Fizik di Universiti Glasgow, David Britton, juga antara individu terbabit dalam projek itu percaya, teknologi jaringan berkenaan mampu merevolusikan masyarakat.

"Dengan kuasa komputer seperti ini, generasi akan datang memiliki keupayaan bekerjasama dan berkomunikasi lebih baik daripada masyarakat 'kuno' seperti saya mampu bayangkan," katanya.

thanks to c_k@asscrewz

No comments: