Showing posts with label saiful. Show all posts
Showing posts with label saiful. Show all posts

Thursday, August 21, 2008

BI Musykil

"Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak. Atau cuba minta DSAI jelaskan sendiri samaada benar atau tidak.

Kepada DSAI, saya mengucapkan selamat bertanding.

Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan SUMPAH dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai.

Saya berdoa agar pihak Pejabat Peguam Negara dapat mengambil kes ini kerana saya mahu mendapatkan KEADILAN."


erm,ni ape yang si saiful tulis kat dlm blog mentah die..
"kepada dsai,saya mengucapkan selamat bertanding"kata saiful pada blog ye pada tarikh 1 ogos 2008..

ini laman blog ye http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/

akan tetapi...


pada 15 0gos,semasa sidang akhbar di hotel dynasty selepas saiful mengangkat sumpah di masjid wilayah, saiful berkata

“Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, saya pun tak tahu Anwar akan bertanding. Saya buat laporan pada 28 Jun lalu. Saya pun tak tahu bila dia akan bertanding.

“Selama ini saya mencari kekuatan mental dan rohani. Allah telah beri kekuatan kepada saya pada hari ini iaitu Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah,” ujarnya.


ni keratan dari akhbar utusan, sila klik sini


aduh...nak menipu pun bia la berpada..
ni tak reti menipu langsung..

1 ogos wish selamat bertanding pada dsai
15 ogos cakap tak tau dsai nak bertanding..

p/s=nape ek????????

Saturday, August 16, 2008

Lagi Tentang Saiful

Sambil duduk bersila menghadap kiblat, bekas pembantu peribadi Anwar itu yang bersongkok dan berbaju Melayu warna coklat memegang al-Quran ketika melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Mohd. Saiful yang memilih hari Jumaat untuk melakukan upacara bersumpah tersebut sebelum itu mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali, diikuti bacaan surah Al-Fatihah.


saiful telah pun melafazkan muhabalah ye selepas solat jumaat smlm..

tanggungjawab die berkenaan tuduhan yang die buat terhadap DSAI telah pun selesai..
(tu pun kalu die betul2 benar)

ini tindak balas dr DSAI

Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Quran dan agama?

Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?

Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak samasekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!

Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato Najib, Rosmah, Polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.

Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.

ANWAR IBRAHIM



huh..takut ye..sape betul,sape salah pun kite tak tau..siap dah bersumpah..
kite serah kan semua pada ALLAH swt...yang maha mengetahui segalanya..
BI manusia biase yang tak tau pape n tak tau mne betul mne tak..


p/s=kepada yang benar,semoga hadapi semua dugaan ni dengan tabah dan sabar..dan sentiasa yakin yang ALLAH swt sentiasa berada di pihak yang benar...