Saturday, October 4, 2008

koleksi message raya 2008

msg rasmi tahun 2008 dari bi kepada kenalan

ramadhan hampir menyusur pergi,

syawal hampir menyusul tiba,
sebulan sudah kita berpuasa,
kini tiba syawal yang mulia,
SELAMAT HARI RAYA PUASA,
AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN KINI KU PINTA.

msg paling popular 2008

walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,
izinkan ku ucapkan,
salam aidilfitry,
maaf zahir dan batin.

msg paling ringkas dan padat 2008

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
selamat hari raya,
aidilfitri.

msg paling menarik 2008

anak ayam pasang pelita,
kucing ketawa bagai nak gila,
ayam dan kucing tu tak de kene mengena,
saja nak ucap selamat hari raya.

anak kerbau dalam paya,
selamat hari raya,
susu lembu dalam tin,
maaf zahir dan batin,
seladang mati dalam khemah,
raya nanti datang rumah,
pagi pagi makan buah rambai,
ok lah,bye bye.

msg paling penuh makna dan tersirat 2008

dalam kelembutan lidah,
ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda,
ada khilaf dan dosa,
harap dimaafkan segalanya,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

gembira jika diingati,
bahagia jika dihargai,
untung jika disayangi,
bertuah jika dicintai,
kecewa jika dilukai,
sedih jika dilupai,
indah jika ramadhan terus dihayati dan dijiwai dalam sanubari diri,
selamat menyambut hari raya aidilfitry 1429,
maaf zahir dan batin.

mata kadang-kadang salah melihat,
lisan kadang-kadang terlepas kata,
janji kadang-kadang terabai,
hati kadang-kadang berprasangka,
sikap kadang-kadang menyakitkan,
maafkan segala kekhilafan yang pasti ada,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

msg paling sempoi 2008

daun kemboja tumbuh melata,
mekar mewangi di waktu petang,
berayalah ke rumah jiran tetangga,
mana tahu mereka ade anak dara.
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

msg paling tak paham 2008 (dr sepupu ku,kalu die bace,tolong explain ek..hehe)

minta maaf dari SKULL sampai METATARSAL
atas segala PARALLAX ERROR and ZERO ERROR
dan segala INVOLUNTARY ACTION
yang dilakukan tanpa CONSIOUS CONTROL.
selamat hari raya.

p/s=ni antara msg2 raya yang diterima bi dr kwn2,sedaramara dan kenalan maya bi..ade banyak lagi msg yang lain tapi yang ni saje yang sempat bi kongsikan.. ;)

2 comments:

diana lulu said...

minta maaf dari SKULL sampai METATARSAL
atas segala PARALLAX ERROR and ZERO ERROR
dan segala INVOLUNTARY ACTION
yang dilakukan tanpa CONSIOUS CONTROL.
selamat hari raya.

Rasany diana faham kot.
SKULL tu kan tengkorak [kepala]

INVOLUNTARY ACTION dalam science
are automatic actions that the brain does not consciously decide upon. They include the constant actions of inner organs

Haha.

Anonymous said...

hehe..
betul2..

tp mmg kebetulan,kazen bi yang bg msg raya tu pun nama die diana..

bi pangil die pun didie..

hehe..

kebetulan tul..

~~bukitilmu~~