Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, October 4, 2008

koleksi message raya 2008

msg rasmi tahun 2008 dari bi kepada kenalan

ramadhan hampir menyusur pergi,

syawal hampir menyusul tiba,
sebulan sudah kita berpuasa,
kini tiba syawal yang mulia,
SELAMAT HARI RAYA PUASA,
AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN KINI KU PINTA.

msg paling popular 2008

walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,
izinkan ku ucapkan,
salam aidilfitry,
maaf zahir dan batin.

msg paling ringkas dan padat 2008

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
selamat hari raya,
aidilfitri.

msg paling menarik 2008

anak ayam pasang pelita,
kucing ketawa bagai nak gila,
ayam dan kucing tu tak de kene mengena,
saja nak ucap selamat hari raya.

anak kerbau dalam paya,
selamat hari raya,
susu lembu dalam tin,
maaf zahir dan batin,
seladang mati dalam khemah,
raya nanti datang rumah,
pagi pagi makan buah rambai,
ok lah,bye bye.

msg paling penuh makna dan tersirat 2008

dalam kelembutan lidah,
ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda,
ada khilaf dan dosa,
harap dimaafkan segalanya,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

gembira jika diingati,
bahagia jika dihargai,
untung jika disayangi,
bertuah jika dicintai,
kecewa jika dilukai,
sedih jika dilupai,
indah jika ramadhan terus dihayati dan dijiwai dalam sanubari diri,
selamat menyambut hari raya aidilfitry 1429,
maaf zahir dan batin.

mata kadang-kadang salah melihat,
lisan kadang-kadang terlepas kata,
janji kadang-kadang terabai,
hati kadang-kadang berprasangka,
sikap kadang-kadang menyakitkan,
maafkan segala kekhilafan yang pasti ada,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

msg paling sempoi 2008

daun kemboja tumbuh melata,
mekar mewangi di waktu petang,
berayalah ke rumah jiran tetangga,
mana tahu mereka ade anak dara.
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

msg paling tak paham 2008 (dr sepupu ku,kalu die bace,tolong explain ek..hehe)

minta maaf dari SKULL sampai METATARSAL
atas segala PARALLAX ERROR and ZERO ERROR
dan segala INVOLUNTARY ACTION
yang dilakukan tanpa CONSIOUS CONTROL.
selamat hari raya.

p/s=ni antara msg2 raya yang diterima bi dr kwn2,sedaramara dan kenalan maya bi..ade banyak lagi msg yang lain tapi yang ni saje yang sempat bi kongsikan.. ;)

Saturday, September 27, 2008

Kene Tag!!! [sis laini suruh]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

3hari yang lepas bi telah di tagged oleh kak laini..kak laini ni one of member kat forum bi slalu lepak..die org sabah bah...dah berkahwin(not avaiable)...hehe...

kali ni tag tentang raya..huhu..seriously,raya ni bi tak happy sgt...sbb 6 of october bi da de paper..huhu...hampeh..

b4 pape,bi skank da berada di ipoh,di rumah sepupu bi..

erm..

Tag Raya
We Start Here Again...

1. Berapa pasang baju raya Saya tahun ni dan apakah color tersebut?
huhu..tak beli pape..bi pas kat mak bi,terpulang la nak beli ape pun..bz skit bulan pose ni..byk tul kje n tak de rs langsung nak shoping..bju melayu waner biru rsye..haha..lum tgk lagi baju ye..next raya akan ku raya puas2 sbb raya depan amat bermakna bg ku..hehe..


2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran Saya?
nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam & lembu, acar(org perak kate acor) dan ape lagi ek..ade tp bi lupe la..nasihat pada semua, setelah sebulan penat lelah lapar kite berpuasa, jadi di hari raya ni makan la puas2 ye, kita topup lik untuk sebulan tu(nasihat tak bagus ni,tak digalakan ikut)..ekeke..

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
adeh...biskut ape ek..cmne nak mkn biskut favourite bi sbb bile taye biskut yang bi suke tu,diorg jwb "dah bis kut" hehe.. ;p

4. Brapa banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
hoho..masih layak untuk menerima duit raya..lum lagi layak tuk memberi duit raya..haha..(student lagi)

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
memenuhkan perut dgn makanan yang ada.tgk tv.tp kdg2 pas isyak tu ade la bace doa selamat skit(jemaah dr masjid dtg,sedara jugak la)..selain ye lepak ngn keluarga,sedaramara dan spupupupu bi..


erm..sampai disini je la..

sape nak bi tag?sape ek..nak tag kat blogmate yang baru kenal la..

senapang
miazai
snm
budak komputer
sakakun