Tuesday, January 29, 2008
Faizal menangis tonton AJL22
Faizal yang tidak dibenarkan muncul dalam sebarang program berbentuk hiburan selama tiga bulan, hanya menyaksikan siaran langsung AJL22 itu menerusi televisyen di rumah bersama keluarga.
Rasa kesalnya timbul bukan kerana cemburu melihat Bob menyampaikan Kasih Tercipta ciptaan Ajai atau Fiq yang menggalas tanggungjawab membawakan Mahakarya Cinta (Audi Mok/Syah Syamsiri).
Sebaliknya kesal kerana menghampakan harapan komposer dan penulis lirik kedua-dua lagu itu yang memberi sepenuh kepercayaan kepadanya melaksanakan tugas itu sebaik mungkin sebelum ini.
“Selesai menonton persembahan Fiq dan Bob, tiba-tiba menyelinap perasaan sebak sehingga saya tidak mampu mengawalnya.
“Mujurlah, saya berada di rumah bersama isteri dan dua anak yang sentiasa setia menemani saat suka dan duka selain menenangkan perasaan saya.
“Rasa kesal dan terkilan terbit kerana saya terpaksa mengecewakan harapan komposer dan penulis lirik yang meletak kepercayaan tinggi kepada saya menyampaikan lagu itu.
“Apatah lagi Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta tersenarai dalam sebuah acara cukup berprestij AJL yang mengiktiraf komposer dan penulis lirik.
“Pun begitu, saya berpuas hati dengan persembahan Fiq dan Bob. Tambah mengejutkan saya walaupun mereka terpaksa menjadi bidan terjun namun mereka mereka berjaya melaksanakan tugas itu dengan baik.
“Kalau sayalah berada di tempat mereka, barangkali saya sendiri gagal melakukannya. Justeru, kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fiq dan Bob, maafkan saya kerana terpaksa menyusahkan kalian,” katanya.
Pada 13 Januari lalu iaitu dua minggu sebelum kemuncak AJL22 berlangsung Faizal mencetuskan kontroversi apabila membuka baju ketika Konsert Ulang Tahun ke-4 8TV, sedang berlangsung.
harian metro-29/1/2008
p/s=asal sejak 2 menjak ni aku ctr psl die ni je...pelik aku ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment