SEOUL - Angkasawan pertama Korea Selatan, Yi So-Yeon dimasukkan ke sebuah hospital kerana masalah sakit belakang kesan pendaratan kapsul kapal angkasa Soyuz yang terjunam ke Bumi, kata beberapa pegawai semalam.
Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea menyatakan So-Yeon sedang menjalani rawatan termasuk kaedah imbasan di sebuah hospital tentera udara bagi mengenal pasti punca sebenar ketidakselesaan yang dialami oleh angkasawan itu.
"Dia mengadu kerap mengalami sakit belakang dan telah membatalkan semua temu janji untuk sementara waktu termasuk lawatan ke pejabat Presiden dan temu bual televisyen," kata seorang doktor di hospital tersebut.
So-Yeon dan dua angkasawan lain kembali ke Bumi pada 19 April lalu di mana media Rusia menganggap kapsul kapal angkasa itu mendarat dengan berbahaya selepas tersasar beratus-ratus kilometer dari lokasi pendaratan yang ditetapkan.
Beberapa pakar berkata, So-Yeon mungkin mengalami kejutan yang lebih kuat berbanding dua lagi angkasawan lain.
So-Yeon pulang ke tanah airnya kelmarin. - AFP
kredit : Kosmo
Wednesday, April 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment