Coretan ini ditujukan khusus kepada tuan/puan yang berasa lebih selesa/fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu/BM.
Biasanya, BM pertuturan dan penulisan digunakan dalam dua situasi: Jika kita kenal mesra orang yang mendengar peruturan kita, mungkin kita secara bersahaja menggunakan bahasa yang "asal boleh difaham" tanpa perlu menuturkan bahasa yang dianggap betul (baku/standard).
Lantas, jika kita menulis emel, mesej ringkas (sms), atau surat kepada rakan atau orang yang sudah dikenal mesra, mungkin teks yang dikarang tidak perlu "diedit/sunting" dengan seperlunya.
Di sana sini terdapat kesilapan ejaan, nahu, tanda baca, dan laras, yang "dibenarkan".
Justeru itu, bagaimanakah menggunakan bahasa Melayu dalam situasi formal/rasmi?
Mengapakah dalam situasi formal, kita perlu menggunakan BM yang betul, penggunaan kosa kata yang tepat, mudah, sesuai dengan laras, dan santun?
Atau, mengapakah dalam situasi formal dilarang atau "sangat tidak sopan" menggunakan bahasa "sekerat ular sekerat buaya"?
BM pertuturan dalam penggunaan rasmi/formal, antara lain, melibatkan situasi bertutur dalam mesyuarat, dalam persidangan, dalam perbahasan, dalam seminar/kursus, dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketika menyampaikan ucapan/ syarahan / ceramah, sebagai juruacara majlis, sebagai pengerusi, dalam soal-jawab wawancara, atau dalam temu duga kerjaya, kita perlu menggunakan BM yang betul dan sebutannya baku.
Sehubungan itu, perbualan dengan rakan, perbualan di kantin, atau perbualan dengan ahli keluarga, tidak perlulah menggunakan BM yang formal bentuknya.
Jika berbual dengan kekasih menggunakan BM formal terasa "kurang romantikanya", menurut Dr. Harimurthi Karidalaksana, pakar Bahasa Indonesia lewat Sidang Bahasa/Mabbim, 1993.
BM penulisan dalam penggunaan rasmi/formal pula, antara lain, berbentuk teks bagi surat rasmi/surat permohonan kerja, teks ucapan/laporan/kertas kerja, penulisan berita/rencana/esei, penulisan minit mesyuarat, memorandum persefahaman, dan seumpama.
Kesilapan bahasa berlaku pada ejaan, tatabahasa, pemilihan kosa kata, pembinaan frasa dan ayat, serta penggunaan tanda baca, disebut "kesilapan umum" atau "common errors/mistakes".
Sebagai peringatan, dalam situasi rasmi, kita perlu berusaha tidak menggunakan BM yang "separuh ular" atau "separuh buaya", dengan sewenang-wenangnya. Atau apa-apa sahaja sikap, yang bermaksud menggunakan 'BM bercampur bahasa Inggeris', sedangkan dalam BM sudah ada ada kosa yang sesuai dan umum.
Sementelahan pula khalayak yang mendengar ucapan kita rata-rata rakyat Malaysia, yang sepatutnya memaham dan menguasai BM.
Saya masih ingat pesanan Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh, Pro-Canselor UPSI (2001/04): "...Jika berucap, sesuaikan situasi, khalayak dan tempat.
Jika menggunakan bahasa Melayu, tuturkan sepenuhnya bahasa Melayu yang betul, tepat, santun dan memikat. Jika menggunakan bahasa Inggeris, gunakan penuhnya 'good English - 'correct, simple, precise'".
Dengan yang demikian, bagi mengelak melakukan kesilapan penggunaan BM dalam situasi rasmi, tuan/puan bolehlah membaca buku-buku yang berikut:
1. Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna - RM20.00
2. Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran - RM45.00 3. Bahasa Melayu Rujukan Menengah - RM45.00
Tiga buku tersebut sebenarnya, mampu menjadi rujukan para guru, pelajar, wartawan, editor, penceramah, pensyarah, penulis, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang ingin menguasai bahasa Melayu yang betul, santun dan memikat dalam pertuturan mahupun dalam penulisan.
Kita mengharapi, kalangan pemimpin PKR, PAS, DAP, terutama yang kerap berucap dan menulis, mampu menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia, yang betul, tepat, mudah, santun, dan mempesona, khususnya dalam situasi formal/rasmi, seperti perbahasan dalam dewan negeri atau di Parlimen.
Topik-topik dalam tiga buku tersebut meliputi panduan ejaan, sebutan, penggunaan BM dalam penulisan karangan, berita, recana, surat, minit mesyuarat, teks ucapa, laporan, esei, kertas keraja, dan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah, penyampaian ucapan, syarahan, ceramah dan perbincangan dalam mesyuarat dan perhubungan awam.
Kesemua buku tersebut karangan Sulaiman Masri, Ph.D., dan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors, 2003/07.
Buku-buku tersebut boleh dibeli di banyak kedai buku di seluruh Malaysia, atau daripada Utusan Publications, dengan menghubungi no talian: 013-6704147, atau 03-92856577. Diskaun boleh dirunding.
"Bahasa Jiwa Bangsa"
Wassalam
kredit dari songkok putih @ tranungkite
Monday, April 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment