Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Sunday, August 31, 2008

Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka



merdekakah kita?

apa erti kemerdekaan sebenarnya?

adakah kita sebenarnya betul-betul merdeka?

semuanya terletak pada diri sendiri.

renungkanlah..renungkanlah..renungkanlah..
semuanya bermula dari jasa dato onn jaafar, datuk kepada menteri pelajaran kita sendiri..

tetapi jasa Dato Onn Jaafar pun tidak dihargai seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lain walhal Dato Onn bukan sahaja Yang Dipertua UMNO yang pertama tetapi dibawah pimpinannya UMNO dan orang Melayu berjaya menewas rancangan British, sebuah kuasa dunia yang baru sahaja menang perang, daripada merampas negeri-negeri Melayu untuk diberi kepada siapa sahaja yang ingin memilikinya.

petikan dari chedet

jangan dilupakan jasa mereka semua..
Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohammad dan Dr Burhanuddin..
jasa mereka terlalu besar bagi kita yang telah merasai apa erti kebebasan yang sebenar..

kita merdeka?
secara fizikalnya memang kita merdeka..tapi secara "mentality" nya, kita masih dijajah..

tepuk dada
tanya selera

bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi keamanan dan kemakmuran kepada negara kita dan kita semua dapat menjalani aktiviti seharian dengan baik.

di sini BI nak mengucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke-51 kepada semua rakyat Malaysia..
semoga ALLAH swt sentiasa melindungi negara kita dari segala anasir2 jahat dari luar dan dalam negara..
semoga jauhi negara kita dari bala bencana samaada bencana alam ataupun selain nya..
semoga kita dapat hidup aman dan makmur,semoga kemakmuran diantara kaum, bangsa dan agama sentiasa kita dapat kecapi..

~v~peace~v~

Monday, May 5, 2008

Harga Minyak Terkini di Negara Besar Dunia

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:


1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45


Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.

Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.


kredit=anakbapakblogspot