Wednesday, May 7, 2008

Tuan Guru Nik Aziz Singgah ke Restoran Cheng Ho Milik Amy Search

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.



Image Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul.- tajdid


Sumber: harakahdaily

2 comments:

Z[ack] said...

nik aziz ialah laksamana cheng ho pada masa dahulu.. <-- betul ker? wakakkkaa

BukiTiLMu said...

ape da...