Friday, February 8, 2008

Pengasas Hotmail nikah di Langkawi

NEW DELHI: Pengasas Hotmail, Sabeer Bhatia, akan melangsungkan perkahwinannya di Langkawi, bulan depan.

Sabeer, 40, yang dilahirkan di India, memilih tempat peranginan Taj Rebak Marina Resort, Langkawi, sebagai lokasi majlis perkahwinan beliau dengan Tania Sharma pada 9 Mac ini.

Sabeer bertunang dengan Tania, ahli perniagaan dari Mumbai, Disember lalu. Tania adalah pewaris Kumpulan Baidyanath, sebuah pengeluar terbesar ubat-ubatan Ayurvedik.

"Kami mahukan pulau yang eksklusif untuk majlis ini, Sabeer mulanya merancang mengadakannya di Hawaii, tapi ia agak jauh. Kami juga ada menimbangkan kemungkinan mengadakan di Phuket atau Koh Samui (Thailand), tapi akhirnya kami memilih Langkawi," kata RK Sharma, bakal bapa mentua Sabeer, di sini, semalam.

Sabeer menjadi jutawan sekelip mata selepas menjual perkhidmatan emel webnya kepada Microsoft. Kira-kira 270 jemputan, termasuk tokoh penting India seperti Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel dijangka menghadiri majlis itu. - Bernama


copy dari beritaharian 7/2/2008

No comments: