Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Tuesday, September 16, 2008

Kene Tag !!! [maksu suruh]

telah di'tag' oleh maksu

The Rules ;

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

7 fakta tentang BI (yg korang belum tahu lagi)

introduction

b4 pape mesti la kne de permulaan..(mcm wat tesis lak).myb korg tak leh bace pe yang BI type kat bwh ni..oleh itu,use ur brain to find how to read it....ok..gud luck...

1. anak ke-3 dari 3 beradik...sume laki...kitorg laher tahun 76,79 n 86...

2. uitm's civil engineering student...last year,sem 7...next sem will transfer to shah alam...(nak jumpe leh la contact,hehe)

3. pertama kali perasaan BI ade kat kat dunia ni ms construction umh BI kat kL(ms tu ngh main kertas guni semen n main batu aggregate) ms tu dlm umo 4-5 tahun..mgkin sbb tu kut nak jadi jurutera awam...haha...

4. seorang yang agak pemalas...sesapa yang rapat ngn BI mungkin tau BI camne...tapi malas2 pun stil ade wawasan...

"hidup hanya sementara
demi kejayaan diri sendiri
jangan cepat putus asa
sentiasa memberanikan diri"
hakcipta terpelihara -BI,pentas,dour-

ingat pantun tu,ingat BI akan ms depan...

5. seorang yang cepat marah...tak caye,taye ex BI...haha...dah setahun menyendiri (dr tarikh posting)...

6. sangat minat kat watak hajime kindaichi, Q, hercule poirot, sherlock holmes...sape diorg ni? hangpa cari sendiri na...

7. lastly, suke maraton wayang...rekod 3 kali se ari...sape yang ada minat yang sama gak,n nak maraton sm,leh la bgtau BI... ;)

dah...BI nak tag kat diorg ni lak...(sape ek,no idea la)

p/s=thanks maksu cuz tagged me... ;)

Tuesday, July 29, 2008

Kantuk

ape tu kantuk..
BI rs kantuk sgt sekarang..
skank ngh wat report for water resources lab...
huh..
baru nak wat..
bukan nak tanguh,tp b4 ni kne siap kan report training BI..baru siap n dah submit pg2 buta td...ahacks...

erm..
ape tu kantuk..?
cube search kantuk tu pe..
mesti byk jumpe kat website indon je..
tp dlm kamus kite pun still ade kantuk gak..
kantuk tu mengantuk...hehe..rs lain mcm je buyi ye..

kantuk tu kata dasar bg mengantuk..

ape la daya..
nasib seorang pelajar,ngntuk2 jugak..tp kje mesti kne siap..

erm..

pada pendapat korang la kan...
kenapa manusia perlukan tidur?
apakah kepentingan tidur?

k,pe yang BI bace

Tidur yang paling penting ialah tidur pada waktu malam.

Allah berfirman: “Dan Dia telah menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki).” (Al-Furqan 25:47)

Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia untuk menerima tekanan yang berlebihan di waktu malam.

Hal ini disebabkan, hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam justeru, melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam, di samping membebankan jantung.

Pakar-pakar dari Yayasan Jantung Britain bersetuju dengan pandangan ini kerana secara dasarnya, tekanan akan membebankan jantung dan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung. Gangguan tidur disebabkan oleh perubahan syif kerja merupakan sebahagian daripada tekanan yang boleh mengganggu fungsi jantung.sumber

kalu nak info lagi tentang kepentingan tidur,sila klik sini

keratan dr akhbar utusan...

erm,oleh itu tido mlm amat penting...
kalu kerap tak tdo mlm,kebarangkalian menghidap penyakit jantung amat tingi..

oleh itu, BI tak nak menangung risiko..
hehe
sudah tibe ms ye untuk BI tdo..
haha...

sebenar ye nak tdo..tp b4 nak tdo sje nak megarut jap kat sini..ye la..td dlm kelas syik gelak je...huhu..tp takpe,lctrr tu mmg sporting..mmg baik sgt..hrp2 dpt A+..hehe..
erm,b4 pape...ni post BI yang ke 100th..huhu...
ape la yang BI megarut smpai da 100th post ni..

hrp pe artikel yang BI letak ni amat berguna jugak pada sume pembace..
erm,kay la..

BI mahu tidur dahulu...

gud nyte...

assalamualaikum..

Tuesday, July 22, 2008

14 Fakta Menarik

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.



2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).



3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.



4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.



5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.



6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.



7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.



8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.



9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.



10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.



11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.



12. Semua beruang kutub adalah kidal.



13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.



14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

Thursday, July 17, 2008

Fakta Hampir Benar

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10.. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah)

kredit=staff FES

Monday, May 5, 2008

Harga Minyak Terkini di Negara Besar Dunia

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:


1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45


Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.

Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.


kredit=anakbapakblogspot

Thursday, May 1, 2008

Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Tuesday, April 29, 2008

Fakta Sains Perubatan

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan
bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang
pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air
untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita
merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar
ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam
tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana
kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.