Showing posts with label al-quran. Show all posts
Showing posts with label al-quran. Show all posts

Tuesday, August 26, 2008

Qari Indonesia, qariah Thailand johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-50

KUALA TERENGGANU 25 Ogos - Qari Indonesia, Mu'min Mubarok dan qariah Thailand, Fatimoh Harati masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini hari ini.

Mu'min, 37, meraih markah 91.5 peratus, manakala Fatimoh, 52, memperoleh 92.83 peratus.

Qari Maghribi, Abdul Karim Elbaki Allah mendapat tempat kedua dengan markah 89.33 peratus dan tempat ketiga dimenangi Reza Mohammad Poor dari Iran dengan markah 88.92 peratus.

Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman pula mendapat tempat kedua dengan 91.5 peratus, manakala Nurfaezah Emran dari Brunei memperoleh tempat ketiga dengan 87.67 peratus.



Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM28,552 berserta piala dan sijil, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM10,164 dan RM6,776 berserta sijil dan piala iringan.

Keputusan tilawah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada majlis penutup tilawah berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Seramai 64 peserta (40 qari dan 24 qariah) dari 41 negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan Menjana Ummah Gemilang bermula 18 Ogos lalu.

Sementara itu, Mu'min ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka akan diumumkan sebagai johan kerana ia merupakan penyertaan kali pertamanya di peringkat antarabangsa.

"Penyertaan pertandingan tilawah peringkat kebangsaan Indonesia buat kali pertama yang lalu membolehkan saya dipilih menjadi wakil negara dan seterusnya diiktiraf sebagai johan peringkat antarabangsa tahun ini," katanya.

Guru yang mengajar kanak-kanak di kampungnya di Jawa Barat belajar membaca al-Quran itu juga melahirkan kegembiraan kerana kejayaan berkenaan merupakan satu kebanggaan buat diri dan negaranya.

Fatimoh pula berkata, kejayaan itu merupakan saat yang paling manis buatnya selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam mana-mana tilawah bermula tahun depan.

"Ini merupakan kejuaraan buat kali kedua selepas menjadi juara di Kuala Lumpur pada 10 tahun lalu," kata suri rumah yang mempunyai tiga orang anak itu.

sumber utusan

p/s=sementara itu, Yang di-Pertuan Agong juga berkenan menganugerahkan Anugerah Khas Juri kepada Datuk Hassan Azahari (ayah kepada jalaluddin hassan[pelakon] dan tan sri musa hassan[ketua polis negara]), iaitu hakim paling lama terbabit dalam tilawah antarabangsa, sejak 50 tahun lalu.

Sunday, July 6, 2008

MIRACLE OF AL-QURAN

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk

Tappachabutra, Hyderabad , ANAI - ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN

yg berusia 100 tahun....keseluruhan kulit naskah Al Qur'an dan kotak

yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana

dimakan oleh ANAI - ANAI termasuklah 'TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE

DALAM BAHASA URDU'..... APA YANG MENAKJUBKAN ialah....anai-anai tersebut

LANGSUNG TIDAK MENYENTUH 'HURUF-HURUF ASAL AL-QUR'AN YG BERTULIS DALAM

BAHASA ARAB'







p/s=Bukitilmu terima email dari seorang rakan di tempat bukitilmu training..