Saturday, October 18, 2008

Al-fatihah kepada ibu kepada Puteri Noor Erika Elina

"kawan-kawan!aku harap korang doakan lah ibu kawan aku ni. Puteri Noor Erika Elina .Dulu dier budak sekolah aku kelas sastera 1. Dier Duduk kat Taman Seri Bahagia. Johor Bahru. Dier pernah tuisyen dgn aku kat Usaha. aku pun teperanjat biler member aku ni kena Rompak kat Rumah Baru seksyen 13. 2 kali kena rompak. cuba korang bayangkan macamana anaknya melihat ibunye ditikam bertubi-tubi dan lehernye dikelar. aku harap polis akan tangkap perompak gampang ni. ni berita tentang member aku ni.



PENGALAMAN NGERI: Puteri Noor Erika masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta, di Johor Bahru.


JOHOR BAHRU: Anak kepada mangsa yang dikelar leher dalam kejadian samun di D' Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, pagi kelmarin, Puteri Noor Erika Elina Yusof Abdul, 20, mengakui beliau lebih bersedia berdepan dengan pengalaman dirompak kali kedua selepas Ramadan pertama lalu, sekali gus berani mengunci pintu dan melompat keluar dari tingkat dua rumahnya untuk menyelamatkan diri.

Puteri Noor Erika berkata, dalam kejadian itu beliau bertindak nekad terjun dari biliknya di tingkat dua apabila pintu bilik yang dikunci cuba dimasuki perompak.



Katanya, tanpa berfikir panjang beliau mengambil telefon bimbit dan menelefon adiknya sebelum berpaut di atas pendingin hawa di luar bilik sebelum terjun melepasi pagar rumahnya dengan membawa bersama satu tin penyembur nyamuk.

Berikutan melompat dari paras tinggi rumah dengan jarak sejauh kira-kira lima meter dalam keadaan gelap, beliau terjatuh menyebabkan kaki kirinya patah, tumit kanan dan pinggangnya terlalu sakit hinggakan tidak boleh berdiri untuk melarikan diri.

"Ketika jatuh tin penyembur nyamuk yang saya bawa terhentak kuat menyebabkan bunyi bising. Saya yakin salah seorang perompak itu terdengar.



"Kira-kira 10 minit kemudian, dua polis datang menghulurkan bantuan," katanya yang kini mendapatkan rawatan di hospital swasta di Johor Bahru.

Menceritakan saat kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, Puteri Noor Erika menjelaskan beliau dikejutkan Allahyarham ibunya, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, untuk bersahur sebelum terus ke bilik air menggosok gigi dan menuju ke dapur di tingkat bawah.

Bagaimanapun, katanya, apabila menghampiri pintu, beliau terdengar jeritan ibunya, menyebabkannya mengunci pintu dan mengambil telefon bimbit untuk menghubungi adiknya, Puteri Noor Aqilah, 16, di bilik sebelah untuk melakukan perkara sama (mengunci pintu) sementara beliau cuba menghubungi polis.

"Rompakan ini adalah yang kedua sejak kami berpindah ke rumah itu sejak 1 September lalu. Dalam kejadian pada Ramadan pertama, dua lelaki memasuki bilik saya dan meletakkan pisau di leher kira-kira jam 3.45 pagi.

"Ketika itu, saya bermain komputer riba... tiba-tiba daun pintu dibuka perlahan-lahan dan sebelum sempat saya membuka pintu itu, dua lelaki menyerang dan meletakkan pisau di leher.

"Mereka meminta wang tetapi saya menjawab tiada, cuma ada komputer dan telefon bimbit sebelum tangan saya diikat dengan sarung bantal, kaki diikat menggunakan kain langsir dan mulut menggunakan baju," katanya."

dipetik dr fauzeeariff@asscrewz

5 comments:

snm | snm said...

Ya Tuhan..kesiannye dia..kta mmpu kesian pd dia..dia yg menanggung lbh terseksa kan?lbh derita lihat ibu sndr ditikam..manusia tu bukan manusia..tp binatang!

BukiTiLMu ( BI ) said...

mari kita sedekah alfatihah ke ibu mangsa..

dan doakan supaya elina cepat sembuh..

serta pembunuh tu cepat kene tangkap..

sama2 kita doakan...

az8583 said...

sedih la berita nie...
apalah punya hati manusia zmn skrg, bunuh org mcm haiwan je...
mesti erika tu trauma kan?
Al-fatihah..

BukiTiLMu ( BI ) said...

manusai skank memang sanggup wat apa saja tuk dapat yg mereka nak...

semoga kita tak tergolong dr org2 sebegitu..

arrgghh...sakit ati...

Fara Nadia Ross said...

Hye there..i've been looking for Puteri Noor Erika Elina for years. u kawan dye? i need ur help...i really want to contact her but i dont know how. we were bestfrens 18years ago mase dye skolah kat Convent Teluk Intan but after that kitorg lost contact since dye pindah Johor. i miss her so much! can u gv me her contact num or maybe u can help me to ask her to contact me through my fb maybe. my fb is Fara Nadia Ross. Really2 need ur help. Thank you so much!