Sunday, August 31, 2008

Dialog Pelajar Tertangkap Khalwat

Ikuti dialog oleh satu pasangan yang
sedang berkhalwat tertangkap oleh
seorang ustaz. Kisah benar atau tidak,
wallahualam. Hayatilah intisari dialog
ini, dan muhasabahlah diri kita masing-
masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak
berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual,
berbincang, bertanya khabar, minum-
minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus
pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan
dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin
kamu kecundang. Kamu dalam bahaya.
Jangan bermain dengan bahaya. Iblis
dan syaitan akan memerangkap kamu.
Sudah banyak tipu daya iblis yang
mengena sasaran. Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya amat
halus. Ia telah menipu nenek moyang
kita yang pertama, Adam dan Hawa.
Jangan pula lupa. Siapalah kita
berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih
1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah
S. A. W.: Janganlah engkau
bersendirian dangan seorang wanita
kecuali ketiganya adalah syaitan
(Tabrani) . Syaitan akan menghembus
perasaan berahi, kita lemah untuk
menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang
bercinta menjurus kepada penzinaan.
Ada orang bercinta dalam telefon dan
hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua
muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu
yang dimaksudkan dengan menghampiri
zina. Memang pada awalnya tidak bersua
muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat laun desakan nafsu dan perasaan
serta hasutan iblis akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan
pertama tidak akan terhenti disitu
sahaja. Percayalah, ia akan
berlanjutan dan berterusan. Tidakkah
itu boleh membawa kepada penzinaan
akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun
tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis
dan peringkatnya, ada zina betul, ada
zina tangan (berpegang-pegangan ), ada
zina mata (melihat kekasihnya dengan
perasaan berahi). Melihat auratnya
juga zina mata. Zina hati iaitu
khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang dinyatakan oleh
Rasulullah S. A. W.: Kedua-dua tangan
juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kakinya juga berzina
dan zinanya adalah berjalan (menuju ke
tempat pertemuan). Mulut juga berzina
dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan
Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong
menuju kepada perzinaan amat banyak.
Jangan biarkan diri kita berada atau
melalui mana-mana jalan atau lorong
yang boleh membawa kepada penzinaan

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran
tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke?
Jangan tipu. Allah tahu apa yang
terselit dalam hati hamba-hambanya.
Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekali pun, kalau tak
diberkati Allah, kejayaan tidak akan
membawa kebahagiaan. Hidup tidak
bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan
berselindung di sebalik pelajaran yang
mulia. Allah suka kepada orang yang
berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut
batas dan ketentuan Allah. Belajar
akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ini akan ditulis ibadat oleh
malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran
sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain
macam saja. Manja, senyum memanjang,
tak macam gaya berdiskusi. Takkan
study group berdua sahaja? Ke mana-
mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah
study group ramai- ramai sedikit.
Kalau duduk berdua-dua macam ini..
betul ke bincang pelajaran? Jangan-
jangan sekejap saja bincang pelajaran,
yang lain tu banyak masa dihabiskan
dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang
pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua.
Takkan awak berdua tak perasan apa-
apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita
bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita
manusia. Jangan nafikan fitrah
manusia. Kita ada nafsu, ada
keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study
group, saling memberi semangat dan
motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang
boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh
memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis. Ingat banyak orang cemerlang
yang belajar hanya dengan kaum
sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak
terganggu, dapat berkat dan rahmat
pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung
ruang yang dibenarkan dalam Islam
untuk bercinta? Adakah Islam membunuh
terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian
daripada kesempurnaan kejadian
manusia. Naluri ingin memiliki dan
suka kalau dimiliki (sense of
belonging) adalah fitrah. Kalau naluri
tidak wujud pada diri seseorang, tak
normal namanya. Islam bukan datang
untuk membunuh naluri dan keinginan
itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh
para paderi atau sami. Jangan nafikan
naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau
perasaan itu datang tanpa diundang.
Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan
naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat pada
nalurinya. Jangan jadi malaikat!
kerana Allah ciptakan kita sebagai
manusia Dunia dan segala isinya akan
hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam

Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu
iaitu perkahwinan. Cinta berlaku
setelah ijab qabul; cinta lepas
kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus.
Cinta yang bermaruah. Bukan cinta
murahan. Inilah kemuliaan agama kita,
Islam. Apabila Islam melarang sesuatu
perkara, tentulah ia digantikan dengan
sesuatu yang lebih baik. Kalau ia
melarang cinta antara lelaki dan
wanita sebelum kahwin, ia membawa
kepada sesuatu sebagai ganti yang
lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda
Rasulullah S. A. W.: Tidak ada yang
lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia
terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua
menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan
bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian
teringat, rindu. Kemudian aturkan
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga
malam gelap. Hubungan makin akrab, dah
berani pegang tangan, duduk makin
dekat. Kalau tadi macam kawan,
sekarang macam pengantin baru.
Bukankah mereka semakin hampir dan
dekat dengan penzinaan? Penghujung
jalan cinta adalah penzinaan dan
kesengsaraan. Berapa ramai orang yang
bercinta telah sampai kepada daerah
penzinaan dan kesengsaraan.
Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih
bersih tanpa noda daripada seekor
nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang
bercinta tetapi tetap selamat, tidak
sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia
tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu
Allah memerintahkan supaya diri
menjauhi perkara yang ditegah. Takut
manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan
diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan
Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan
manusia, Allah telah mengingatkan
manusia bahawa mereka tidak tahan
dengan ujian walaupun kecil. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia. Allah tegah Adam dan Hawa
supaya jangan makan buah Khuldi dalam
syurga. Allah tahu kelemahan pada
ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh
itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,
jangan hampiri pokok Khuldi. Firman
Allah S. W. T.: Wahai Adam! Tinggallah
engkau dan isterimu di dalam syurga
serta makanlah dari makanannya sepuas-
puasnya, apa sahaja yang kamu berdua
sukai dan jangan hampiri pokok ini,
(Jika kamu menghampirinya) maka akan
menjadilah kamu dari orang-orang yang
zalim (Al-A'araf: ayat 19). Tegahan
yang sebenarnya adalah memakan buah
Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan
kelemahan Adam dan Hawa. Jika
menghampiri perkara yang ditegah,
takut nanti mereka akan memakannya
kerana mereka tidak dapat mengawal
diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah
zina. Maka jalan ke arah penzinaan
juga dilarang. Takut apabila
berhadapan dengan godaan penzinaan,
kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita
belajar daripada pengalaman nenek
moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin
banyak masalah. Kita tak kenal
pasangan kita secara dekat. Bercinta
adalah untuk mengenali hati budi
pasangan sebelum membuat keputusan
sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan
masa sedang bercinta? Bercinta penuh
dengan lakonan yang dibuat-buat dan
kepura-puraan. Masing-masing akan
berlakon dengan watak yang terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan
pelbagai lagi. Masa bercinta adalah
alam lakonan semata-mata. Masa
bercinta, merajuk ada yang akan pujuk.
Jangan haraplah lepas kawin bila
merajuk ada yang memujuk. Banyak orang
yang kecewa dan tertipu dengan
keperibadian pasangan semasa bercinta.
Perangai jauh berbeza. Macam langit
dan bumi. Masa bercinta, dia seorang
yang amat penyayang, penyabar, sabar
tunggu pasangan terlambat berjam-jam.
Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit
dah kena tengking. Jadi, perwatakan
masa bercinta tidak boleh dipercayai.
Percintaan adalah suatu kepuraan yang
hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi
merancang kebahagian hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan
jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah
kepada hamba-hambanya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan.
Allah yang akan menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah
kebahagiaan itu jika jalan mencapainya
tidak diredhai Allah. Kebahagiaan
hidup berumah tangga mestilah melalui
proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan cinta sebegini. Allah
tidak meredhai percintaan ini. Cinta
yang diredhai, cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang
bahagia jika langkah memulakannya pun
sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat,
kakak angkat, abang angkat boleh ke?
ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap
syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang
diberi nafas baru. Kulitnya nampak
berlainan, tapi isinya sama. Adik,
abang, kakak angkat adalah suatu
bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
Manusia yang terlibat dalam
budaya "angkat" ini sebenarnya telah
masuk ke dalam perangkap syaitan. C
uma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang
bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan
ditentukan oleh manusia tetapi oleh
pencipta manusia. Sebab ukuran manusia
sering berbeza-beza. Orang yang sedang
mabuk bercinta mengatakan orang yang
bercinta tidak menjejaskan apa-apa
maruah dirinya. Manakala bagi orang
yang menjaga diri, tidak mahu terlibat
dengan cinta sebelum kahwin akan
mengatakan orang yang bercinta sudah
tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan
kepada orang yang belum layak menerima
cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah
atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta
hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah
maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan
maruahnya kerana mereka sedang
menghampiri penzinaan. Manakala orang
yang bercinta dan pernah berzina tidak
layak berkahwin kecuali dengan orang
yang pernah berzina juga. Mereka tidak
layak untuk berkahwin dengan orang
yang beriman. Allah berfirman: Lelaki
yang berzina(lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan
yang berzina atau perempuan musyrik;
dan perempuan yang berzina itu pula
(lazimnya) tidak ingin berkahwin
dengannya melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yang demikian terlarang
kepada orang-orang yang beriman.
(Surah an-Nur: Ayat 3).Jadi orang yang
pernah bercinta juga tidak sesuai
untuk berkahwin dengan orang yang
tidak pernah bercinta. Tidakkah itu
suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta
hanya layak berkahwin dengan orang
yang pernah bercinta juga?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak
untuk dirinya kerana wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki
yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk
sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta?
Berapa banyak sudah janji cinta yang
musnah? Lelaki, jangan diharap pada
janji lelaki. Mereka hanya menunggu
peluang keemasan sahaja. Habis madu,
sepah dibuang. Pepatah itu diungkap
kerana ia sering berulang sehingga
menjadi pepatah.

Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta
jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki
yang normal suka pada barang 'second
hand' sedangkan barang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta di show room;
display only. Tapi ada yang boleh test
drive. Ada pula yang kata; sekadar
sepinggan mee goreng dan segelas air
sirap bandung, bawalah ke hulu, ke
hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak
bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci
dalam debu. Golongan ini sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka
akan bertemu suatu hari nanti. Mereka
ada pasangannya. Firman Allah S. W.
T.: Dan orang-orang lelaki yang
memelihara kehormatannya serta orang-
orang perempuan yang memelihara
kehormatannya (yang memelihara dirinya
daripada melakukan zina) Allah telah
menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar. (Al-
Ahzab: ayat 35)

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang.
Bertaubatlah dengan taubat nasuha.
Berdoalah serta mohon keampunan
dariNya. Mohonlah petunjuk dan
kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha
Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat
nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang
sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi
3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat.
Putuskan hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas
tindak tanduk hidup yang menjurus diri
dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati
tidak akan bercinta lagi dengan
sesiapa kecuali dengan seseorang yang
bernama isteri atau suami. Saatnya
adalah setelah ijap Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah
tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa
hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk
menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaaan benci
kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan
akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau
jagaku sedari kecil dengan kasih
sayang. Mengapa kucurahkan kasihku
kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu
yang berdosa Amin, Ya Rabb. Moga Allah
terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah.
Kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini
mereka datang ke pintu-Mu mencari
redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

4 comments:

Suria Azhar said...

kalo aku jd ustaz tu..aku sekeh kepala diorg tu je..cakap bukan main pandai..kona sane kona sini..dh salah tu ngaku je laa...heh

FareeNi said...

tu namanya keras kepala, keras hati, sebab semua dah keras..!! ops.. telebey sudah..

Anonymous said...

tul tu..

takpe la...artikel camni bg kita pengajaran dan lebih matang..

dlu BI penah gak camni..

tapi bile d pikir2kan lik..memang betul..

tp tu dlu..

hehe..

eh,tp yang dialog ni bukan BI k..

hahahaha....

~~enjoy read it~~

(bukitilmu)

Deeno said...

saye ske post nih!
jelas.
thanx~!