Friday, March 28, 2008

SEJARAH APRIL FOOL (BACE LA WAHAI RAKAN2 KU)

*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN
KITA SEMUA !!!*


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita
sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali
menjelang 1hb April, seseten! gah
orang kita begitu taksub dengan budaya
'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada,
Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol
(Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan
diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu
bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal
yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk
melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah
penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang
kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta
anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya
diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang
jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa
menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan
beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu
taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara kamu

kredit dr isuhangatblogspot

No comments: