Tuesday, November 4, 2008

Love Hotel aka Hotel Cinta
















tak pasti la kat mane..tak sempat nak search...


p/s=bile pula masa bi nak bercinta?jeng jeng jeng....

Monday, November 3, 2008

Sang Kuda-Kuda Moden

Sang Kuda Moden Ungu












































































































































































































Sang Kuda Moden Hijau




















































































p/s=ungu,hijau...siapa aurora?

Wednesday, October 29, 2008

Jadual Periksa BI

SATURDAY, 1HB NOVEMBER 2008 = ADVANCED STEEL DESIGN

TUESDAY, 4HB NOVEMBER 2008 = HIGHWAY ENGINEERING

WEDNESDAY, 12HB NOVEMBER 2008 = FRANCE LANGUAGE II

TUESDAY, 18HB NOVEMBER 2008 = STRUCTURE ANALYSIS III

WEDNESDAY, 19HB NOVEMBER 2008 = FYP PROPOSAL PRESENTATION

(copy dr blog inie)








p/s=agak bz mulai sekarang..waduh2...mula la masa men 10cent kan diri ngn buku2 kesayangan ku..

Suami

~click picture for larger size~

suami??huhu...bile la nak jd suami..insyaallah lmbt lg..

p/s=bi kategori yg mane ek?

Tuesday, October 28, 2008

Troy Lee Design










motor design by troy lee design.....

p/s=tp bi lagi minat superbike...

Saturday, October 18, 2008

Saat Akhir Kematian Seorang Pendakwah Islam



perhatikan saat akhir kematian seorang ustaz yang memperjuangkan agama ALLAH swt
beliau meninggal dunia ketika sedang memberi ceramah agama
di saat itu lah malaikat izrail datang mengambil nyawanya

ya ALLAH, peliharalah orang2 yang memperjuangkan agamamu
AL-FATIHAH


p/s=perhatikan pada dahi ustaz itu...terasa diri ini amat kerdil...

Bunga Api





erm,ni video bunga api org cina jiran umh bi wat kenduri masuk umh baru
bape la diorg ni spend tuk bunga api ni

pape pun,agak menarik persembahan bunga api ni
video duration= 2minit15saat

Al-fatihah kepada ibu kepada Puteri Noor Erika Elina

"kawan-kawan!aku harap korang doakan lah ibu kawan aku ni. Puteri Noor Erika Elina .Dulu dier budak sekolah aku kelas sastera 1. Dier Duduk kat Taman Seri Bahagia. Johor Bahru. Dier pernah tuisyen dgn aku kat Usaha. aku pun teperanjat biler member aku ni kena Rompak kat Rumah Baru seksyen 13. 2 kali kena rompak. cuba korang bayangkan macamana anaknya melihat ibunye ditikam bertubi-tubi dan lehernye dikelar. aku harap polis akan tangkap perompak gampang ni. ni berita tentang member aku ni.



PENGALAMAN NGERI: Puteri Noor Erika masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta, di Johor Bahru.


JOHOR BAHRU: Anak kepada mangsa yang dikelar leher dalam kejadian samun di D' Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, pagi kelmarin, Puteri Noor Erika Elina Yusof Abdul, 20, mengakui beliau lebih bersedia berdepan dengan pengalaman dirompak kali kedua selepas Ramadan pertama lalu, sekali gus berani mengunci pintu dan melompat keluar dari tingkat dua rumahnya untuk menyelamatkan diri.

Puteri Noor Erika berkata, dalam kejadian itu beliau bertindak nekad terjun dari biliknya di tingkat dua apabila pintu bilik yang dikunci cuba dimasuki perompak.



Katanya, tanpa berfikir panjang beliau mengambil telefon bimbit dan menelefon adiknya sebelum berpaut di atas pendingin hawa di luar bilik sebelum terjun melepasi pagar rumahnya dengan membawa bersama satu tin penyembur nyamuk.

Berikutan melompat dari paras tinggi rumah dengan jarak sejauh kira-kira lima meter dalam keadaan gelap, beliau terjatuh menyebabkan kaki kirinya patah, tumit kanan dan pinggangnya terlalu sakit hinggakan tidak boleh berdiri untuk melarikan diri.

"Ketika jatuh tin penyembur nyamuk yang saya bawa terhentak kuat menyebabkan bunyi bising. Saya yakin salah seorang perompak itu terdengar.



"Kira-kira 10 minit kemudian, dua polis datang menghulurkan bantuan," katanya yang kini mendapatkan rawatan di hospital swasta di Johor Bahru.

Menceritakan saat kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, Puteri Noor Erika menjelaskan beliau dikejutkan Allahyarham ibunya, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, untuk bersahur sebelum terus ke bilik air menggosok gigi dan menuju ke dapur di tingkat bawah.

Bagaimanapun, katanya, apabila menghampiri pintu, beliau terdengar jeritan ibunya, menyebabkannya mengunci pintu dan mengambil telefon bimbit untuk menghubungi adiknya, Puteri Noor Aqilah, 16, di bilik sebelah untuk melakukan perkara sama (mengunci pintu) sementara beliau cuba menghubungi polis.

"Rompakan ini adalah yang kedua sejak kami berpindah ke rumah itu sejak 1 September lalu. Dalam kejadian pada Ramadan pertama, dua lelaki memasuki bilik saya dan meletakkan pisau di leher kira-kira jam 3.45 pagi.

"Ketika itu, saya bermain komputer riba... tiba-tiba daun pintu dibuka perlahan-lahan dan sebelum sempat saya membuka pintu itu, dua lelaki menyerang dan meletakkan pisau di leher.

"Mereka meminta wang tetapi saya menjawab tiada, cuma ada komputer dan telefon bimbit sebelum tangan saya diikat dengan sarung bantal, kaki diikat menggunakan kain langsir dan mulut menggunakan baju," katanya."

dipetik dr fauzeeariff@asscrewz

Wednesday, October 15, 2008

Happy Birthday to My Big Qisstina



happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to nadia qisstina
happy birthday to uuuuuu


selamat hari laher yang ke-21
semoga ALLAH swt sentiasa memberkati kamu
semoga panjang umur
dimurahkan rezeki melimpah ruah
semoga berjaya dalam pe jua kamoo lakukan

p/s=die ni kwn kat ym,di antara yang terapat ngn bi..tatau nak ckp pe lg..semoga bahagia bersama saf cheng wan selamanya...amin...

tak sempat nak edit pic..

Saturday, October 11, 2008

pendrive n hardrive milik ku


p/s=sume ni lah pendrive n hardrive yang bi gunekan skank..alhamdulillah sumeye elok lg termasuk yang dah tak de 'baju' tu...huhu..

Wednesday, October 8, 2008

Abu Kurt Cobain Akan Dijadikan Rokok

Abu jenazah Kurt Cobain yang meninggal tahun 1994 duhulu sempat diberitakan hilang sekitar bulan Mei lalu. Kini, seorang seniman Jerman yang mengaku memiliki abu tersebut mengancam akan 'menghisap' abu mayat Cobain layaknya menghisap rokok.


Seniman bernama Natascha Stellmach akan melakukan itu sebagai bagian dari sebuah pameran seni 'aneh' yang akan diselenggarakan di Berlin 11 Oktober nanti. Dalam pameran seni Set Me Free itu, Natascha akan 'menghisap' abu mayat Cobain dengan cara memasukkannya ke dalam gulungan kertas mirip cara menghisap ganja yang di sana dikenal dengan nama spliff.

Natascha menolak memberikan informasi mengenai bagaimana ia bisa mendapatkan abu jenazah tersebut. Ia hanya menyebutkan: "Itu rahasia dan berbau magis. Abu itu yang datang padaku dan aku akan membebaskannya sekarang." Janda Cobain, Courtney Love sendiri belum melepas pernyataan mengenai rencana gila Natascha ini.

kredit=karodalnet[dot]blogspot

p/s=tah la tul ke tak tu abu kurt cobain...

Saturday, October 4, 2008

koleksi message raya 2008

msg rasmi tahun 2008 dari bi kepada kenalan

ramadhan hampir menyusur pergi,

syawal hampir menyusul tiba,
sebulan sudah kita berpuasa,
kini tiba syawal yang mulia,
SELAMAT HARI RAYA PUASA,
AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN KINI KU PINTA.

msg paling popular 2008

walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,
izinkan ku ucapkan,
salam aidilfitry,
maaf zahir dan batin.

msg paling ringkas dan padat 2008

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
selamat hari raya,
aidilfitri.

msg paling menarik 2008

anak ayam pasang pelita,
kucing ketawa bagai nak gila,
ayam dan kucing tu tak de kene mengena,
saja nak ucap selamat hari raya.

anak kerbau dalam paya,
selamat hari raya,
susu lembu dalam tin,
maaf zahir dan batin,
seladang mati dalam khemah,
raya nanti datang rumah,
pagi pagi makan buah rambai,
ok lah,bye bye.

msg paling penuh makna dan tersirat 2008

dalam kelembutan lidah,
ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda,
ada khilaf dan dosa,
harap dimaafkan segalanya,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

gembira jika diingati,
bahagia jika dihargai,
untung jika disayangi,
bertuah jika dicintai,
kecewa jika dilukai,
sedih jika dilupai,
indah jika ramadhan terus dihayati dan dijiwai dalam sanubari diri,
selamat menyambut hari raya aidilfitry 1429,
maaf zahir dan batin.

mata kadang-kadang salah melihat,
lisan kadang-kadang terlepas kata,
janji kadang-kadang terabai,
hati kadang-kadang berprasangka,
sikap kadang-kadang menyakitkan,
maafkan segala kekhilafan yang pasti ada,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

msg paling sempoi 2008

daun kemboja tumbuh melata,
mekar mewangi di waktu petang,
berayalah ke rumah jiran tetangga,
mana tahu mereka ade anak dara.
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.

msg paling tak paham 2008 (dr sepupu ku,kalu die bace,tolong explain ek..hehe)

minta maaf dari SKULL sampai METATARSAL
atas segala PARALLAX ERROR and ZERO ERROR
dan segala INVOLUNTARY ACTION
yang dilakukan tanpa CONSIOUS CONTROL.
selamat hari raya.

p/s=ni antara msg2 raya yang diterima bi dr kwn2,sedaramara dan kenalan maya bi..ade banyak lagi msg yang lain tapi yang ni saje yang sempat bi kongsikan.. ;)

Tuesday, September 30, 2008

"Apa man dah buat?"

dengan mengerutkan dahi, man memikirkan ape yang die telah buat..ape yang man dah buat kan?

itulah persoalan iklan raya petronas tahun ni..

erm..

lemang dah siap dibakar
rendang ayam dan daging pun dah siap dimasak
tochu jugak dah siap dimasak
perut dah berghazal zapin ni


huh..
sempat jugak aku blog ni..

hehe..

terima lah pantun 6 kerat dari BI..

ramadhan hampir menyusur pergi
syawal hampir menyusul tiba
sebulan sudah kita berpuasa
kini tiba syawal yang mulia
SELAMAT HARI RAYA PUASA
AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN KINI KU PINTA

Saturday, September 27, 2008

Kene Tag!!! [sis laini suruh]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

3hari yang lepas bi telah di tagged oleh kak laini..kak laini ni one of member kat forum bi slalu lepak..die org sabah bah...dah berkahwin(not avaiable)...hehe...

kali ni tag tentang raya..huhu..seriously,raya ni bi tak happy sgt...sbb 6 of october bi da de paper..huhu...hampeh..

b4 pape,bi skank da berada di ipoh,di rumah sepupu bi..

erm..

Tag Raya
We Start Here Again...

1. Berapa pasang baju raya Saya tahun ni dan apakah color tersebut?
huhu..tak beli pape..bi pas kat mak bi,terpulang la nak beli ape pun..bz skit bulan pose ni..byk tul kje n tak de rs langsung nak shoping..bju melayu waner biru rsye..haha..lum tgk lagi baju ye..next raya akan ku raya puas2 sbb raya depan amat bermakna bg ku..hehe..


2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran Saya?
nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam & lembu, acar(org perak kate acor) dan ape lagi ek..ade tp bi lupe la..nasihat pada semua, setelah sebulan penat lelah lapar kite berpuasa, jadi di hari raya ni makan la puas2 ye, kita topup lik untuk sebulan tu(nasihat tak bagus ni,tak digalakan ikut)..ekeke..

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
adeh...biskut ape ek..cmne nak mkn biskut favourite bi sbb bile taye biskut yang bi suke tu,diorg jwb "dah bis kut" hehe.. ;p

4. Brapa banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
hoho..masih layak untuk menerima duit raya..lum lagi layak tuk memberi duit raya..haha..(student lagi)

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
memenuhkan perut dgn makanan yang ada.tgk tv.tp kdg2 pas isyak tu ade la bace doa selamat skit(jemaah dr masjid dtg,sedara jugak la)..selain ye lepak ngn keluarga,sedaramara dan spupupupu bi..


erm..sampai disini je la..

sape nak bi tag?sape ek..nak tag kat blogmate yang baru kenal la..

senapang
miazai
snm
budak komputer
sakakun

Thursday, September 25, 2008

Happy Befday Dude...

die ni r
pelik camne die leh jadi kwn aku

haha

aku kenal ms form 4 kelas yang paling BESTari
mungkin aku ngn die sekepala otak die memang gile dr sume segi
ape sume die buat musti sukses-sukses


die ni la kawan baik aku
pg lowyat sm2,main boling sm2,mkn nc ayam sm2,pg gsc sm2,naik elite sm2

pai

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
ALLAH bless you

long live

success owez
;)

Tuesday, September 23, 2008

Monday, September 22, 2008

Arabian Bicycle Drift



haha..teror tul mat ni drift basikal..leh masuk pertandingan drift basikal sedunia ni...


;p

Befday Gal...



today
22sept bersamaan 22ramadhan adalah hari yang amat penting bagi die.hari ni hari laher die yang ke 22..

selamat hari lahir kama..
semoga ALLAH swt sentiasa memberkati kamu
semoga panjang umo
dimurahkan rezeki
n success in wat eva u do.. ;)


HAPPY BIRTHDAY TO YOU

ikhlas dr BI

Keraguan Tentang Rakan Siswa

"RakanSiswa.com adalah suatu ruang untuk meninjau isu-isu mengenai siapakah Tuhan, dan bagaimana rasanya mengenali Tuhan.
website nih mcm gerakan dakwah kristian ja?
sasaran ny pelajar universiti tempatan.
laman web dlm bahasa melayu.
guna perkataan Allah, bagi megelirukan org.
antara tajuk yg mengelirukan:
Apakah Yesus adalah Tuhan?
Jwpn dlm website tu:
Kita boleh memperolehi pengertian atau kesimpulan bahawa Yesus adalah Allah yang tidak dapat dilihat, telah menunjukkan diri-Nya sebagai Peribadi yang dapat dilihat.
Nauzubillah, sapa2 ada info pasai website nih, tlg share.
p/s: hati2 la ngan website2 skrg, cth cam rakan siswa nih, gna nama utk menarik visitor ja.Padahal isi kandungan xda kena mengena ngan siswa. pastu, perkataan ALLAH digunakan dan di sama kan ngan yesus."
dipetik dari buletin 'friendster'

adakah ini yang dimaksudkan dengan rakan siswa?
anda mungkin sekumpulan pedebat yang bagus.tapi tiada sebab untuk mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai alamat website untuk mengpopularkan website anda.
secara keseluruhannya memang tiada apa2 kandungan tentang perkembangan, isu semasa, berita dan info tentang mahasiswa di negara kita di dalam website ini.

hanya ingin menarik minat pembaca dikalangan mahasiswa (beragama islam, buddha, hindu dan sebagainya yang selain dari kristian) anda mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai tajuk utama.

kepada semua mahasiswa, berhati-hati dengan dakyah seperti ini, terutama muslim.
kepada muslim, jangan mudah terpedaya dengan adanya website seperti ini..

http://www.rakansiswa.com

Sunday, September 21, 2008

mystery of ***

AHAD MINGGU LEPAS... Universiti aku digemparkan lagi dengan satu kematian melibatkan seorang pelajar Cina tahun ke 3. *** telah mencatat angka kematian yang agak banyak sejak 10 tahun yang lepas. Walaubagaimanapun, kejadian ini tidak ada kena mengena dengan pembunuhan,sebaliknya stress dan tension merupakan aspek utama dalam kematian tersebut. Lebih menggerunkan lagi, setiap tahun kematian berlaku hanya pada bulan September. Tahun lepas berlaku dekat apartment *X*R*, 8 September. Tahun ni 13 September. Tahun2 lepas pun September. *** tidak mengeluarkan berita mahupun menyebarkan kes kematian ini kepada media kerana khuatir statusnya yang mungkin akan tergugat sekiranya berita ini diketahui seluruh warga Malaysia. Tiada apa yang nak disembunyikan. Kita semua akan merasa kematian. Tragedi September menjadi suatu pertanyaan di ***?



p/s=terpakse hide u mane..hangpa cari sendiri na...sape yang ade maklumat tentang ni, komen me...

credit=maduz@asscrewz.com

Friday, September 19, 2008

Happy 113th birthday for world's oldest man

Thu Sep 18, 1:09 AM ET

TOKYO (Reuters) - The world's oldest man celebrated his 113th birthday on Thursday, telling reporters at his home in southern Japan about his joyful life and healthy appetite.

"I'm happy," said Tomoji Tanabe as the local mayor presented him with flowers and a giant tea cup glazed with his name and date of birth. "I'm well. I eat a lot," he added.

Tanabe, recognized by the Guinness Book of World Records as the oldest living male last year, eats mostly vegetables and believes the key to longevity is not drinking alcohol.

The former civil servant lives with his son, drinks milk every day and has no major illnesses, although he now writes in his diary only once or twice a month. He used to write on a daily basis.

"His favorite food is fried shrimp, but we've heard that he's cut back on oily food," said an official at his hometown of Miyakonojo, about 900 km (560 miles) southwest of Tokyo.

"He's said he wants to live for another 10 years, that he doesn't want to die." The Japanese are among the world's longest-lived people, with the number of those aged 100 or older at a record 36,276, a government report last week showed.

Japanese women have topped the world's longevity ranks for 23 years, while men rank third after Iceland and Hong Kong.

(Reporting by Chisa Fujioka; editing by Sophie Hardach)

Tomoji Tanabe is pictured in his home in Miyakonojo, southern Japan September 12, 2008. The world's oldest man celebrated his 113th birthday on September 18, 2008, telling reporters at his home about his joyful life and healthy appetite. Picture taken September 12, 2008.

kredit= yahoo, reuters


Thursday, September 18, 2008

Thank You Very Much


Kak Wan, Eah, Sherry n my bestest chatin' friend, Qisstina


thanks bebyk kat korang sebab nyanyi befday song loudly for me
.abis satu blok dgr.

..hehe..

thank you


p/s=nsb dak umh tak dgr, kalu tak, abis jd isuhangat..hehe..



Wednesday, September 17, 2008

Siapakah Orang Yang........?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tentang Makan



Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... ......... ......... .......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-


Mandi Pagi sebelum subuh
@ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan
minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu
sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


Nabi juga mengajar kita
makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......


WallahuA'lam


Alhamdulillah...

__________________________________

alhamdulillah

alhamdulillah
alhamdulillah

syukur kehadrat ALLAH swt
kerana memberi peluang kepada aku untuk hidup lagi di dunia ini

syukur kehadrat ALLAH swt
kerana memberi udara untuk aku bernafas
kerana memberi makanan untuk aku kuat bekerja
kerana memberi minuman untuk aku hilang dahaga
kerana memberi rezeki untuk aku menjalani kehidupan seharian
kerana memberi kebahagian bersama keluarga tersayang
kerana memberi peluang untuk lahir di negara ini
kerana melahirkan aku sebagai seorang islam

kau yang maha memahami
kau yang maha mengetahui
kau yang maha mengampun

berkatilah hidup aku
jauhkan lah aku dr segala perkara yang kau larangi
dekatkan lah aku kepada perkara yang kau perintahi

kepada mu sahaja tempat aku memohon
__________________________________

tepat 1255am, 17sept bersamaan 12muharam, 22 tahun yang lepas,
di salah sebuah klinik swasta di kuala lumpur, lahernya BI di dunia ini.
BI tak klua secara semulajadi, BI klua secara pembedahan (operate) dr perut mak BI.
hehe.
satu2ye dr 3 beradik yang mana dilaherkan secara operate.

pg td da genap umo BI 22 thun..tua ke?lum lg kan...hehe..

tp bg BI
hari ini amat bersejarah buat BI

sebab?

sebab 22 tahun yang lepas 17sept bersamaan 12 muharam,
hari ini, 17sept bersamaan 17ramadhan
bersempena hari nuzul quran iaitu hari yang amat bersejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

...................................hingga tak terkata BI hari ini
lebih byk bermuhasabah,mendiamkan diri.mengenang diri ini sudah menjangkau 22 tahun..

BI ada matlamat.
tp BI msih muda n belum abis belajar lg.
apa matlamat BI?
biarlah rahsia.
tunggu dan lihat.
tunggu BI abis belajar,baru BI nak memulakan matlamat BI.

yang penting,education is 1st..others is 2nd..


sempena hari yang amat bermakna pada BI, BI nak mengucapkan tak terhingganya terima kasih kepada semua yang ingat akan hari lahir BI,lebih2 lagi kwn2 BI yang menghantar msg..semoga Allah swt memberkati kamu semua..

kepada pembaca copy n paste, jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog yang memang tak seberapa ni..harap segala apa yang BI post ni sedikit sebanyak amat berguna kepada pembaca sekalian..

~~sharing is caring~~


p/s=mari kita mempergandakan ibadat kita memandangkan kita sudah berada di pertengahan bulan ramadhan..bulan yang paling mulia dr bulan lain..

;)

~v~peace~v~





17th September 1986 until 17th September 2008

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mohd Afif bin Ibrahim
Allah selamatkan kamu

selamat hari lahir yang ke-22 wahai sahabat
semoga Allah memberkati kamu
semoga semua yang kamu inginkan menjadi kenyataan

afif ni salah sorg kwn baik BI.kami kenal ms tingkatan 1.die baik n juga amat suke merepek,merapu n meraban.
haha..

happy birthday to you..

p/s=die ni kembar BI,lain mak,lain ayah.kitorg kembar tarikh laher je..