Sunday, February 22, 2009

PEPATAH YANG DI PATAHKAN

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

kredit=cencurut@syok.org
p/=huhu....

Wednesday, February 18, 2009

2 parts

we were given 2 hands to hold,
2 legs to walk,
2 eyes to see,
2 ears to listen,
but why only ONE heart??
because the other one was given to someone for us to find..


kredit=underworld

Monday, February 9, 2009

siapa aman-evo?

kay,kat sini aku nak promote satu website tuk mendonlod movie.

siapa aman?
aku kenal aman ms die lepak kat syok.org
die salah sorg yang aktif mengepost direct link movie di syok.org
tapi skank aman sudah mempunyai forum yer sendiri iaitu aman-evo.forum6(click here)

forum ni ditubuhkan pada Sat Sep 20, 2008 10:04 pm (tarikh admin register) dan sudah mempunyai 1k+ ahli...
forum bru lagi n kalu ade sebarang pertanyaan leh la ke dlm forum tu tuk bertanye kepada moderator2 di sana dan jugak boleh bertaye pada bi.

selamat mendonlod...

Friday, February 6, 2009

Wednesday, February 4, 2009

Animals act like Wrestlers or Wrestlers act like Animals?


The Rock
Hacksaw Jim Duggan
Undertaker
Bushwackers
Randy Orton